Life, Love and Laugh

Hari Raya Qi Qiao

Hari Raya Qi Qiao
7 bulan ke-7 Tahun Imlek ialah hari raya Qi Qiao di kalangan rakyat negeri China. Khabarnya pada hari itu adalah hari untuk Altair dan Vega di langit bertemu.

Khabarnya, pada zaman kuno, langit berwarna biru sahaja dan tidak ada awan. Tuhan berasa bahawa langit itu tidak berwarwa-warni, dan memerintah 7 orang anak perempuannya menenun kain untuk membuat pakaian untuk “langit”. Tetapi kain yang ditenun oleh 7 orang anak perempuan itu hanya berwarna kelabu dan putih sahaja, dan masih kelihatan tunggal warnanya.

Anak bongsunya merupakan anaknya yang sangat cerdik. Dia mendapati sejenis bunga dalam taman bunga yang mempunyai 7 jenis warna, kemudian dia memetik bunga itu dengan banyaknya dan dengan warna bunga tersebut ia menenun kain sutera yang berwarna-warni. Kakak-kakaknya sangat gembira dan memuji kecerdikannya dan kepandaiannya. Mereka memutuskan bahawa “langit” memakai baju putih pada hari yang biasa; memakai baju kelabu pada waktu turun hujan; dan pada subuh dan meghribi ia memakai baju yang berwarna-warni. Tuhan sangat gembira dan menganugerahkan anak perempuan bongsu itu dengan gelaran Zhinu atau “wanita penenun”.

Zhinu setiap hari menenun apabila penat, dia selalu melihat pemandangan kalangan manusia di bumi. Seorang terona di bumi menarik perhatiannya, dan terona itu selalu menanam secara perseorangan. Semasa berehat, dia hanya bercakap dengan lembu yang tua di sisinya, lalu Zhinu melahirkan rasa simpati kepadanya.

Terona itu ialah Niulang atau gembala lembu. Pada suatu hari, lembu yang tua memberitahu Niulang bahawa “besok ialah 7 bulan ke-7 tahun Imlek, 7 orang anak perempuan Tuhan akan turun ke dunia insan untuk mandi. Jika awak menyembunyikan pakaian Zhinu, dia boleh menjadi isteri awak.” Selepas mendengar percakapan lembu yang tua itu, Niulang memutuskan untuk mencuba nasib.

Pada hari itu, Niulang menyembunyikan diri dalam rumput di tepi sungai. Tidak lama kemudian, kelihatan 7 buah gumpalan awan yang berwarna-warni muncul di atas langit, dan di atas setiap gumpalan awan terdapat seorang dewi. Kelihatan dewi-dewi itu berturut-turut menanggalkan baju dan meloncat ke dalam sungai yang jernih itu.Niulang melompat dan mengambil pakaian Zhinu dan lari balik. Oleh kerana dia lari terlalu cepat, bunyi geseran rumput menakutkan 7 orang dewi itu, dan mereka menaiki tebing. 6 orang dewi memakai baju masing-masing, dan terbang ke atas langit, tetapi tinggal Zhinu yang tiada bajunya berdiri di tebi sungai dengan cemas. Niulang tergagap-gagap berkata kepada Zhinu bahawa kalau dewi itu berjanji mahu kahwin dengannya, boleh dia kembalikan baju dewi itu. Melihat itulah terona yang sering dia terpandang dan menyukainya lalu secara malu bersetuju.Pada malam itu, upacara perkahwinan Niulang dan Zhinu telah dianjurkan oleh lembu yang tua itu. Dua tahun selepas itu, Zhinu telah melahirkan seorang anak lelaki dan seorang anak perempuan bagi pasangan itu, si suami bercucuk tanaman dan si isteri menenun, dan hidup bahagia, 7 tahun berlalu, dengan satu hari di atas langit sama dengan satu tahun di dunia insan. Setiap 7 hari, Tuhan akan memanggil 7 orang anak perempuannya, Tuhan merasa marah selepas mengetahui Zhinu tidak pulang ke istana di atas langit, dan telah berkahwin dengan manusia. Pada 7 bulan ke-7 tahun Imlek, Tuhan telah menghantar tentera langit untuk menangkap Zhinu untuk dibawa balik ke langit.Niulang sangat sedih, dan memikul dua buah keranjang untuk membawa dua orang anaknya, lalu mengejar Zhinu. Lembu yang tua itu mengambil sebelah tanduknya lalu bertukar kepada perahu terbang, dan menumpangkan Niulang dan anaknya untuk terbang ke langit. Kedua-dua orang anak itu memanggil ibunya sekuat-kuatnya. Setelah mendengar, panggilan anaknya, Zhinu secara sekuat-kuatnya melarikan diri dari tentera langit, untuk menemui suami dan anaknya. Tatkala itu, Tuhan tiba-tiba membentangkan sebuah tangan yang raksasa, dan menebang, lalu satu galaksi menjadi penghalang di antara Niulang dan Zhinu. Galaksi dalam bahasa China bererti sungai bintang di langit. Pada waktu itu, banyak murai datang, dan membentuk sebuah jambatan di atas galaksi untuk Niulang dan Zhinu bertemu. Tuhan tiada jalan lagi, melainkan terpaksa mengizinkan Niulang dan Zhinu bertemu di atas jambatan murai pada malam 7 bulan ke-7 tahun Imlek setiap tahun.

Selepas itu, pada 7 bulan ke-7, gadis “belajar menenun” daripada Zhinu. Mereka mengambil tali berwarna-warni dan 7 batang jarum, dan kalau benang boleh memasuki lubang jarum secara lancar, gadis itu boleh dipanggil sebagai gadis yang pandai menenun. Khabarnya pada malam itu, kanak-kanak di bawah pokok anggur boleh mendengar bisik-bisik antara Niulang dengan Zhinu.

 

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: